Friday, December 10, 2010

Manfaat Membela/kasihi haiwan

wahh..bela haiwan pon ade manfaat tau..
FF baru jer bace 1 article at myMetro pasal topic nih..
cayalah..nk tau apa manfaatnyer..?

Petikan membinncangkan manfaat membela haiwan..haha dah macam BM pulak..dah2 bace yg bawah..


Kajian pada 1999 yang disiarkan dalam Jurnal Geriatrik Amerika mendapati, warga tua yang tinggal sendirian bertemankan haiwan peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Haiwan peliharaan perlukan banyak aktiviti cergas (sifat semula jadi haiwan) dan antara cara memenuhi keperluan itu ialah dengan membawa haiwan mereka berjalan atau bersenam; atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka

Membela haiwan peliharaan juga antara cara mengurangkan risiko alahan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Haiwan peliharaan membantu anda awet muda, terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan di segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental.


Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai haiwan peliharaan memberi anda ‘tugas’ dan tanggungjawab baru (untuk menjaganya) iaitu memberi makan, membersihkan badan haiwan peliharaan, membuang najis dan membawanya berjalan.


Pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah persekitaran yang ‘terlalu bersih’ dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan.

Alahan terhadap haiwan peliharaan antara pencetus serangan asma. Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.

Bagaimanapun, jika anda atau ada ahli keluarga yang memang alah terhadap haiwan atau menghidap asma, jangan membela haiwan peliharaan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Tidak seperti manusia (termasuk pasangan atau anak sendiri) yang berasa bosan apabila mendengar cerita sama berulang-ulang, haiwan peliharaan sentiasa bersedia menjadi pendengar yang baik kepada cerita, luahan rasa atau masalah anda.

Apatah lagi anda mengelus dan membelai haiwan peliharaan ketika bercakap dengannya. Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.

No comments:

Post a Comment