Saturday, December 11, 2010

Panda !

tehee..
baru jerr beli 1 pets..
FF namakan dia Panda..haha
its same like sunny..more gubu than thats..
FF bagi dia nama tu coz thats bunny look like panda..black and white..
jenis agrora..1 month..n the lucky,,Panda is boboy..hehe
sebelum nih FF ada gigirl jer..now i have boboy too..
oHH my..xsaba nk tggu dia besar..
tapi si Panda ni,,x manje cam yg laen..dia men cakar2 jer..
xboleh dok diam,,but dia suke ngan my little sis..amboii..dok kendong sane sini..dah mcm bear pulak..haha

same like before : panda..semoga panjang umur yea..amin ! i love u !

photo of  PANDA :


Friday, December 10, 2010

Manfaat Membela/kasihi haiwan

wahh..bela haiwan pon ade manfaat tau..
FF baru jer bace 1 article at myMetro pasal topic nih..
cayalah..nk tau apa manfaatnyer..?

Petikan membinncangkan manfaat membela haiwan..haha dah macam BM pulak..dah2 bace yg bawah..


Kajian pada 1999 yang disiarkan dalam Jurnal Geriatrik Amerika mendapati, warga tua yang tinggal sendirian bertemankan haiwan peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Haiwan peliharaan perlukan banyak aktiviti cergas (sifat semula jadi haiwan) dan antara cara memenuhi keperluan itu ialah dengan membawa haiwan mereka berjalan atau bersenam; atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka

Membela haiwan peliharaan juga antara cara mengurangkan risiko alahan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Haiwan peliharaan membantu anda awet muda, terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan di segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental.


Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai haiwan peliharaan memberi anda ‘tugas’ dan tanggungjawab baru (untuk menjaganya) iaitu memberi makan, membersihkan badan haiwan peliharaan, membuang najis dan membawanya berjalan.


Pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah persekitaran yang ‘terlalu bersih’ dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan.

Alahan terhadap haiwan peliharaan antara pencetus serangan asma. Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.

Bagaimanapun, jika anda atau ada ahli keluarga yang memang alah terhadap haiwan atau menghidap asma, jangan membela haiwan peliharaan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Tidak seperti manusia (termasuk pasangan atau anak sendiri) yang berasa bosan apabila mendengar cerita sama berulang-ulang, haiwan peliharaan sentiasa bersedia menjadi pendengar yang baik kepada cerita, luahan rasa atau masalah anda.

Apatah lagi anda mengelus dan membelai haiwan peliharaan ketika bercakap dengannya. Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.

Bahasa Rabbit..

haha..rabbit ade bahase ker?
mase FF cari article pasal rabbit..FF ade terbaca 1 article about bahasa rabbit..
nak tau x??

ARNAB/RABBIT akan :

1.Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy
2.Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy
3.Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
4.Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja
5.menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
6.Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.
7.Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian
8.Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira
9.Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
10.mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex
11.makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
12. menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
13.berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda
14.menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian
15.cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda
16.jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya
17.Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)
18.Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
19.Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati or cedera
20.Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
21.Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit
22.terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
22.perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah.

Thursday, December 9, 2010

new pets..tehee !

today,,
abah n ibu beli 2 ekor arnab..
*******beli at mudah.my jerr..haha hasil pencarian ff..ehe

baka :
     i  Agrora Satin - sunny
     ii  Lion head  - moshi
~cuteeeeee..
jantina : gigirl

 * semoga panjang umur yeaa ! aminnn :)

dah2..nk pi tengok dia japp..*baru bela la konon ! hahah >.<

photo :

| sunny | | moshi |